PRN: Pas gagal sapu bersih DUN Kelantan

PRN: Pas gagal sapu bersih DUN Kelantan

AHMAD Yakob (dua kanan) mengangkat tangan selepas Pas kembali membentuk kerajaan selepas menang Pilihan Raya Negeri (PRN), Kelantan sebentar tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas gagal menyapu bersih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan apabila menang 43 daripada 45 kawasan yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob selepas mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menerusi kemenangan itu, Pas sudah boleh membentuk kerajaan di negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pas dengan rakan sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengukir senyuman apabila memperoleh majoriti dua pertiga di DUN Kelantan.

Pada PRN kali ini Gabungan Pakatan Harapan (PH) mencipta kejuatan apabila merampas kerusi DUN Kota Lama menerusi calonnya Dr. Hafidzah Mustakim.

Sementara BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Galas apabila penyandangnya Mohd. Syahbuddin Hasyim terus diberi mandat untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pas menang 37 kerusi DUN Kelantan sementara BN lapan.

Bagimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamad keluar dari BN dan menyertai Bersatu-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN