PRN: Nik Normi dituduh tidak solat Jumaat, wakil calon BN Chempaka buat laporan polis

PRN: Nik Normi dituduh tidak solat Jumaat, wakil calon BN Chempaka buat laporan polis

ZAILANY Zakaria (dua dari kiri) menunjukkan salinan status Facebook berkait calon BN Chempaka tidak menunaikan solat Jumaat sebagai bukti selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Satu laporan polis berkait dakwaan mengatakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka Nik Normi Nik Ayub tidak menunaikan solat Jumaat dibuat di Balai Polis Pengkalan Chepa di sini semalam.

Laporan polis itu dibuat Ketua Strategik Jentera BN DUN Chempaka Zailany Zakaria, 50.

Zailany berkata, laporan itu dibuat bagi membersihkan nama calon berkenaan yang merupakan seorang wanita.

“Saya nak jelaskan di sini, calon kita (BN DUN Chempaka) merupakan seorang wanita. Untuk makluman wanita tidak wajib menunaikan solat Jumaat.

“Fitnah itu bukan sahaja memburukan keadaan malah boleh memberi persepsi negatif kepada masyarakat terhadap calon,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa di sini, semalam.

 

TANGKAP layar laman sosial Facebook yang mendakwa calon BN Chempaka tidak menunaikan solat Jumaat.

Zailany memberitahu, dia tidak menolak kemungkinan fitnah yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook itu bertujuan menjatuhkan moral calon BN serta memberi kesan buruk terhadap keputusan PRN nanti.

Katanya, rata-rata komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet menunjukkan seolah-olah BN jauh dari agama.

“Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik laman Facebook itu,” ujarnya.

Terdahulu sebuah laman sosial Facebook yang menggunakan nama Pengkalan Chepa News pada Jumaat memuat naik status berbunyi ‘Calon BN Chempaka diberikan tidak solat Jumaat hari ini’.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya