PRN: Mohd. Syahbuddin mahu jadikan Galas sebagai DUN contoh

PRN: Mohd. Syahbuddin mahu jadikan Galas sebagai DUN contoh

MOHD. Syahbuddin Hashim (tengah) meraikan kejayaan bersama jentera BN selepas diumumkan sebagai pemenang kerusi DUN Galas, Gua Musang, Kelantan pada PRN semalam.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Wakil rakyat tunggal Barisan Nasional (BN) Mohd. Syahbuddin Hashim yang menang di kerusi Galas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) mahu menjadikan kawasan itu sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) contoh untuk penggal akan datang.

Mohd. Syahbuddin berkata, perkara itu akan dilaksanakan secara selari dengan ketetapan kerajaan persekutuan dalam membela nasib rakyat.

“Saya akan pastikan bakti di Galas dapat disempurnakan sebaik mungkin tanpa mengira fahaman dan perbezaan.

“Pada masa sama, saya akan membuktikan pimpinan Kerajaan Perpaduan akan diterjemahkan di Galas dan direalisasikan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, segala amanah akan digalas sebaik mungkin dan akan meneruskan kerja-kerja yang tertunda.

Katanya, dia mengakui sedih apabila Gua Musang bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) selepas Pas berjaya menawan dua kerusi DUN iaitu Nenggiri dan Paloh.

“Adat bertanding ada menang dan ada kalah. Kalah bukan kalah dan semua yang menang bukan semua menang.

“Kita akan mengkaji dan meneliti faktor-faktor kekalahan dan Insya-Allah kita akan bangkit kembali dengan penambahbaikan pada masa akan datang,” ujarnya.

Pada PRN semalam Mohd. Syahbuddin berjaya mempertahankan kerusi itu selepas menang dengan majoriti 3,337 undi mengalahkan calon Pas, Mohd. Tarmizi Abd. Rahman.

Mohd. Syahbuddin memperoleh undi sebanyak 10,724 manakala Mohd. Tarmizi (7, 405 undi).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya