PRN: Mahu wakil rakyat selesai masalah air, peluang pekerjaan 

PRN: Mahu wakil rakyat selesai masalah air, peluang pekerjaan 

MOHD. Syahbuddin Hashim (dua dari kanan) ketika hadir di majlis Ramah Mesra bersama kaum Tionghua di Tokong Kuan Tai Meow di Kampung Baru, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 1, 000 penduduk kaum Tionghoa di Kampung Baru di  dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berharap masalah gangguan bekalan air bersih dapat diselesaikan oleh wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Dakwa mereka, sejak dua tahun lalu, lebih 400 buah rumah di kampung itu terpaksa hidup mencatu air selepas bekalan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) tidak mencukupi serta menampung keperluan penduduk yang semakin ramai.  

Pengerusi Tokong Kuan Tai Meow, Yap Kam Seng, 62, berkata, ekoran masalah itu kampung tersebut terpaksa mencatu penggunaan air sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka.

Menurutnya, walaupun penduduk sudah acap kali membuat aduan kepada pihak AKSB, namun sehingga kini masalah tersebut masih berlaku.

“Kami harapkan wakil rakyat yang dipilih nanti mampu menyelesaikan masalah air ini yang sudah berlarutan sejak dua tahun.

“Masalah air ini mengganggu aktiviti seharian kami terutama keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seorang lagi, penduduk Yap Chan How , 28, memberitahu, selain masalah air, golongan muda turut berharap lebih peluang pekerjaan dapat disediakan kepada mereka.

Katanya, peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan ramai golongan belia terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di luar.

“Kita harap wakil rakyat yang terpilih akan membawa berita yang baik kepada penduduk kampung dan orang Gua Musang dengan mewujudkan banyak peluang kepada orang muda dari segi usahawan, sukan, ekonomi dan sosial,” ujarnya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) DUN Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, masalah tersebut sudah berada dalam pengetahuan beliau.

Katanya, penukaran paip di kawasan Bandar Lama telah dilaksanakan bagi mengatasi permasalah tersebut, namun gangguan bekalan masih berlaku malah keadaan menjadi kritikal dan semakin meruncing.

“Jalan penyelesaiannya, sudah pun diambil, tetapi masih belum berjaya. Jadi saya berharap pihak AKSB bolehlah memikirkan kaedah baru. Walaupun sudah buat penukaran paip di kawasan Bandar Lama ini, tetapi nampaknya gangguan ini masih berterusan.

“Saya juga sedar akan masalah peluang pekerjaan yang masih terhad sehingga menyebabkan ramai belia memilih untuk berhijrah keluar negeri ini. Kita punyai potensi yang besar terutamanya, dalam aspek pembukaan kilang dan kawasan industri, tetapi manfaat ini kurang digunakan oleh kerajaan negeri atau pihak yang berwajib,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya