PRN: KKR pastikan tiada kerja-kerja menurap jalan

PRN: KKR pastikan tiada kerja-kerja menurap jalan

ABDUL Rahman Mohamad (dua dari kiri) melihat Orang Asli suku kaum Mendriq dan Bateq bersewang sempena Program Desa Cergas di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Kelantan-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan tiada seberang kerja-kerja penurapan baharu di jalan utama yang boleh menyebabkan trafik sesak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, sehubungan itu, tiada kerja-kerja turapan di laluan seperti Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan kawasan-kawasan negeri yang terlibat PRN bermula esok hingga Ahad ini.

“Saya sudah jumpa jurutera di daerah-daerah. Di Gua Musang misalnya, laluan dua hala telah dibuka untuk memudahkan perjalanan menuju ke Kota Bharu atau Rantau Panjang ekoran daripada pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di daerah ini.

“Saya sendiri sudah bertemu dengan beberapa Ketua Polis Daerah supaya mereka membantu membuat melancarkan trafik sempena PRN ini,” katanya selepas merasmikan Program Desa Cergas di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, pihaknya juga sudah menerima permohonan menurap dan melebarkan jalan ke Kampung Pasir Linggi di sini sepanjang 18 kilometer yang sudah rosak.

Katanya, permohonan itu akan diteliti terlebih dahulu dan akan dimasukkan ke dalam Rancangan Perbelanjaan 4 (RP 4) pada September depan.

“Bagaimanapun, kita mencadangkan supaya kerja baik pulih dilakukan secara berperingkat dan fokus kepada kawasan yang mengalami kerosakan yang teruk terlebih dahulu.

“Berdasarkan pemerhatian, peruntukan sebanyak RM 2 juta diperlukan untuk membaiki jalan tersebut. Sebelum ini, calon Barisan Nasional (DUN) Paloh, Amran Arifin yang merupakan penyandang di DUN Paloh mengeluarkan modal sendiri untuk membersihkan tepi jalan itu bagi membuat jalan itu luas tanpa menunggu peruntukan kerajaan negeri,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya