JELEBU: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membantu rakan serta kenalanannya yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pagi ini, beliau ke Kuala Klawang di sini bagi membantu kempen calon Perikatan Nasional (PN) du Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, Danni Rais.
“Saya tidak sokong mana-mana parti. Saya sokong calon yang saya rasa boleh berkhidmat dengan baik,” kongsinya menerusi media sosial miliknya hari ini
Semalam, Khairy yang merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau turut ke ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Pulau Pinang bagi memberi sokongan kepada rakannya yang juga calon BN, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
“Satu undi untuk Reezal Merican, adalah satu undi untuk Reezal Merican. Tidak lebih daripada itu,” katanya.
Menurut Khairy, seperti yang dinyatakan ketika turun berkempen untuk calon PN bagi DUN Jeram, Selangor, Datuk Harrison Hassan, beliau berkempen untuk calon dan bukannya parti.-UTUSAN.