PRN: Kemenangan BN di Kok Lanas perlu dipertahankan

PRN: Kemenangan BN di Kok Lanas perlu dipertahankan

AHMAD Deraman (kiri) beramah mesra dengan pengundi semasa turun berkempen di Kampung Batu Tinggi di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Calon Barisan Nasional (BN) Ahmad Deraman atau Abe Mat Jelira menegaskan kemenangan yang diraih oleh parti itu sebelum ini di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas perlu dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Abe Mat Jelira berkata, langkah itu supaya lebih banyak limpahan pembangunan yang dikecapi sebelum ini dapat terus dilaksanakan pada penggal akan datang demi kepentingan rakyat.

Menurutnya, sejak Kok Lanas sealiran Kerajaan Pusat bermula 1999 banyak limpahan pembangunan sudah dilaksanakan sekali gus memberikan kelegaan kepada rakyat.

“Kita terus mendekati para pengundi untuk mengajak mereka mengekalkan DUN Kok Lanas bersama BN. Hal ini supaya legasi Datuk Seri Alwi dapat diteruskan terutama pembangunan, prasarana pendidikan dan kemudahan sukan untuk rakyat.

“Kita nampak rakyat Kelantan inginkan perubahan dan pertukaran daripada kerajaan negeri yang ada pada hari ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Batu Tinggi, Kok Lanas, di sini hari ini.

Abe Mat Jelira memberitahu, jika BN diberi mandat pada PRN kali ini parti itu memasang impian menjadikan Kok Lanas sebagai anak angkat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Katanya, usaha itu bakal memberikan lembaran baharu untuk Kok Lanas.

Abe Mat Jelira berkata, sepanjang berkempen rata-rata rakyat Kok Lanas mahu wakil mereka sentiasa berada dalam kawasan.

Katanya, status sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya apabila bertembung lawan yang merupakan ‘calon import’.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya