PRN: Keluar mengundi pertahan politik Islam adalah wajib, tidak boleh tangguh

PRN: Keluar mengundi pertahan politik Islam adalah wajib, tidak boleh tangguh

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pas menegaskan tanggungjawab keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini bagi mempertahankan kuasa politik orang Islam adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditangguhkan.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dalam islam hukum wajib terbahagi kepada dua perkara iaitu wajib yang boleh ditangguh dan tidak boleh ditangguh.

Menurutnya, perkara ini dapat dilihat semasa perjanjian hudaibiyah apabila Nabi Muhammad SAW telah menangguh ibadah umrah untuk merasmikan perjanjian berkenaan bagi mendapatkan kuasa politik.

“Sebagai contoh isteri yang kematian suami perlu menjalani edah dan pada masa sama dia dapat menunaikan haji. Jadi jalani edah dulu baru pergi haji. Ini dinamakan wajib yang boleh ditangguh.

“Kita kena faham, ibadah haji adalah wajib yang boleh ditangguh manakala wajib yang tidak boleh ditangguh pula seperti untuk mendapatkan kuasa politik, kena mengundi sekarang, kalau tidak kita akan kalah,” katanya semasa Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor di sini malam tadi.

Abdul Hadi memberitahu, umat Islam perlu sedar bahawa masalah politik ini bukan perkara main-main dan ia menjadi masalah besar sekiranya tidak keluar mengundi ketika pilihan raya nanti.

Katanya, meskipun orang bukan Islam tidak ramai namun sekiranya semua keluar mengundi, mereka akan menerima undi yang banyak sekali gus berjaya mendapat kuasa politik.

“Ini (mengundi) adalah tanggungjawab untuk menegakkan kuasa politik orang Islam supaya orang Melayu Islam dapat memimpin.

“Jadi ini sangat penting dan tanggungjawab yang sangat besar perlu kita tunaikan,”ujarnya.

Abdul Hadi berkata, ketika ini Perikatan Nasional (PN) telah berjaya menjadikan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sebagai kubu kuatnya.

“Apa yang paling penting adalah kita kena dapatkan lagi Pulau Pinang, Selangor serta Negeri Sembilan dan kemudian kerajaan pusat..InsyaAllah.

“Ini mesti diusahakan kerana ia adalah tanggungjawab untuk menegakkan kuasa politik Islam,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya