PRN Kelantan: Jurusolek dalam pantang mengundi - Utusan Malaysia

PRN Kelantan: Jurusolek dalam pantang mengundi

HAYATUL Ghazali memangku bayinya sambil menunjukkan jarinya telunjuk yang dicelup dakwat sejurus selesai mengundi di SK Sultan Ismail 4, di Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang jurusolek yang baru melahirkan anak ketiganya 13 hari lalu tetap turun mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Mas di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 4 di sini hari ini.

Meskipun masih berpantang, Hayatul Ghazali,33, menggagahkan diri untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Alhamdullilah, saya pergi ke pusat mengundi di SK Sultan Ismail 4 bersama kakak, Nita Ghazali, 38. Dia membantu saya untuk ke saluran mengundi dan menyemak nama sebelum membuang undi.

“Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu dan memudahkan urusan mengundi apabila memberi kebenaran kepada saya yang sepatutnya mengundi di tingkat tiga sekolah itu untuk mengundi di tingkat satu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Hayatul berkata, dia berharap wakil rakyat yang dipilih selepas ini menjalankan tanggungjawab dan mengambil berat isu masyarakat setempat.

Terdahulu, dilaporkan  Kelantan merekodkan peratusan keluar mengundi paling rendah iaitu sebanyak 45 peratus setakat pukul 2 petang.

Terengganu dan Kedah masing-masing mencatatkan sebanyak 56 peratus; manakala Pulau Pinang 53 peratus dan Selangor 51 peratus selain Negeri Sembilan 49 peratus.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pula merekodkan 52 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya