SETIU: Sikapnya ramah dan mudah didekati membuatkan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Hamdan Hamzah disenangi penduduk. Terkenal dengan panggilan Abang Ha, beliau bertekad mahu memperkasa tiga teras utama iaitu pertanian dan penternakan, industri pelancongan serta kebajikan nelayan di DUN Permaisuri jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini. Sebagai anak jati Kampung Guntong Luar, Hamdan berkata, setiap ceruk kawasan DUN Permaisuri begitu dekat di hatinya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan menyampaikan bantuan kepada orang miskin, orang kurang upaya (OKU) serta pesakit kronik. Menurutnya, malah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya