PRN: BN sudah ada calon Menteri Besar Kelantan

PRN: BN sudah ada calon Menteri Besar Kelantan

AHMAD Zahid Hamidi semasa berucap pada Hari Potensi Kemas dan Program Desa Cerdas di Plaza MT-GT Bukit Bunga, Ayer Lanas, Jeli, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Barisan Nasional (BN) mendedahkan parti itu sudah mempunyai senarai calon yang akan diangkat sebagai Menteri Besar jika gabungan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) diberi mandat mentadbir Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengerusinya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, perkara itu hanya akan diumumkan jika BN dan PH mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Kita sudah ada beberapa nama yang telah disenaraikan. Namun, segala keputusan berkaitan pelantikan Menteri Besar itu perlu mendapat titah perkenan dari Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V terlebih dahulu.

“Jadi, kita tidak mahu mendahului takdir Allah dan titah perkenan Tuanku ,” katanya pada semasa sidang media selepas merasmikan Hari Potensi Kemas dan Program Desa Cerdas di Plaza MT-GT Bukit Bunga, Ayer Lanas di sini hari ini. 

Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, BN Kelantan tidak mahu mendahului kuasa Sultan dengan meletakan mana-mana calonnya yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) sebagai ‘poster boy’ untuk diangkat menjadi menteri besar jika diberi mandat selepas 12 Ogos ini.

Setiausahanya Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad berkata, hal ini Sultan mempunyai kuasa mutlak memilih pemimpin daripada mana-mana parti politik untuk diangkat sebagai menteri besar.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya