KOTA BHARU: Gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) sedia menawarkan potongan sebanyak 70 peratus ke atas premium tanah jika rakyat memberi mandat untuk mentadbir Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertujuan memberikan kemudahan selain membantu rakyat di negeri ini.
Menurutnya, sebelum gabungan itu menggemukan tawaran pemotongan sebanyak 50 peratus.
“Saya beritahu wakil rakyat yang mewakili BN-PH, cukai ini bukan saja turun sebanyak 50 peratus tetapi diskaun…turunlah kepada 70 peratus. Pada waktu kini, pembinaan rumah baru di Kelantan, mereka dikenakan bayaran RM9,000 bagi satu lot.
Insya-Allah potongan akan diberikan mengikut potongan premium baharu, jika Kerajaan Perpaduan diberi mandat di Kelantan. Begitu juga cukai pintu, cukai tanah yang akan diturunkan 50 peratus. Kalau boleh potongan diberikan sebanyak 70 peratus untuk buat rumah, cukai pintu dan cukai tanah,” katanya pada Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Jalan Kebun Sultan di sini, malam tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahmad Zahid memberitahu, potongan premium tanah itu dilihat dapat memberi manfaat kepada rakyat Kelantan untuk memiliki rumah dan tanah.
Katanya, walaupun kerajaan negeri tidak dapat pendapatan dari cukai tanah itu tetapi bila pelaburan banyak masuk di Kelantan
“Jadi, kita akan dapat cukai daripada industri,” ujarnya-UTUSAN