PRN: BN-PH mahu betulkan kesilapan, laksana janji Pas di Kelantan

PRN: BN-PH mahu betulkan kesilapan, laksana janji Pas di Kelantan

Md. Alwi Che Ahmad.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) berjanji akan membetulkan kesilapan dan melaksanakan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Pas semasa mentadbir Kelantan.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad, perkara itu dapat dilihat semasa pengumuman manifesto gabungan BN-PH untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri Kelantan esok.

Menurutnya, manifesto itu akan diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Pengerusi Gabungan BN-PH Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

“Manifesto tersebut adalah untuk membetulkan kesilapan dan melaksana janji-janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri pada hari ini.

“Kita yakin boleh melaksanakan kesemua pengisian manifesto ini kerana bersama dengan Kerajaan Pusat yang mempunyai segala keupayaan untuk melaksanakan janji-janji mereka,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan, di sini hari ini.

Md. Alwi memberitahu, beliau sendiri sudah melihat draf manifesto BN-PH pada PRN Kelantan malah ada beberapa perkara menarik dan diyakini dapat memberi impak kepada pengundi. 

Katanya, gabungan BN-PH akan menunaikan janji yang tercatat dalam manifesto tersebut.

“Perkara menarik di dalam manifesto BN-PH di Kelantan antaranya Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan sebuah kolej universiti tahfiz sains di negeri ini.

“Kerajaan berhasrat melahirkan golongan huffaz yang terlibat dalam bidang profesional. Kita mahu melahirkan doktor, juruukur atau arkitek yang hafal al-Quran.

“Secara dasarnya ia seperti madrasah ulul-albab di peringkat sekolah, tetapi yang ini di peringkat universiti. Kita akan laksanakan dan lain-lain pengisian yang mengejutkan. Kita tunggu esok,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN