PRN: Ada pihak cubaan laga-lagakan kepimpinan Pas Kelantan

PRN: Ada pihak cubaan laga-lagakan kepimpinan Pas Kelantan

WAN Roslan Wan Hamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas Kelantan mendedahkan ada cubaan pihak tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan parti itu dengan melaga-lagakan kepimpinan di negeri ini.

Setiausahanya Wan Roslan Wan Hamat berkata, hasil maklumat yang diperolehi mendapati ia melibatkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

“Sebenarnya tak ada pun. Namun dia boleh masuk sehingga ke dalam rumah tangga orang ni… sesuatu yang peliklah,” katanya pada semasa sidang media sempena PRN di Pejabat Perhubungan Pas Kelantan, di sini hari ini.

Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor memberitahu, pihaknya mengambil pendekatan untuk tidak menggunakan isu peribadi dan sebagainya sebagai wadah sepanjang berkempen.

Katanya, Pas mengambil pendekatan untuk menerangkan tawaran 18 program yang telah dilancar di Tanah Merah baru-baru ini kepada semua segmen pengundi.

“Kita tetap yakin dapat capai sasaran 45-0 di Kelantan kerana pengundi-pengundi di Kelantan mempunyai tahap pemikiran tinggi dan tidak mudah menerima hujah-hujah dikemukakan tentang isu dan perkara-perkara yang berlaku di negeri ini.

“Setakat ini saya rasa tiada kesan. Pagi ini sahaja sudah empat kedai kopi saya singgah dan didapati isu-isu yang dilontarkan itu tidak sedikitpun menjejaskan sokongan rakyat kepada Pas,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Pas tidak mempunyai masalah jika pihak lawan mengambil pendekatan menjalankan kempen dari rumah ke rumah asalkan tidak mengambil langkah melakukan provokasi.

“Kaedah kempen dari rumah ke rumah ini sudah lama diamalkan oleh parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya. Kita tiada halangan, malah turut menggunakan pendekatan itu.

“Cuma jangan provok dengan isu peribadi dan sebagainya. Kita ‘gentleman’ lah. Masing-masing sudah ada kebenaran dan semua kelengkapan kempen. Bendera dan lambang parti sudah boleh dinaikkan. Jadi kita kempenlah dengan penuh disiplin dan pengundi boleh memilih pemimpin terbaik,” ujarnya.

Utusan Online sebelum itu melaporkan, Barisan Nasional (BN) meramalkan Datuk Ahmad Yakob dijangka tidak akan dinamakan sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pas terus mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Setiausahanya Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad mendakwa perkara tersebut tidak mustahil berlaku selepas Pas dilihat berdepan krisis dalaman ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya