PRN: 38,926 tentera darat mengundi awal - Utusan Malaysia

PRN: 38,926 tentera darat mengundi awal

TENGKU Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim (tengah) dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Mengundi Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson sempena pengundian awal PRN ke-15 hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seramai 38,926 pegawai dan anggota tentera darat serta pasangan terlibat mengundi awal di kesemua enam buah negeri yang menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 ketika ini.

Panglima Medan Barat, Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, proses mengundi awal berjalan lancar dan tidak banyak perbezaan seperti proses pilihan raya sebelum ini.

“Kali ini hanya melibatkan enam negeri, prosedur dan proses juga berjalan dengan lancar. Proses jadi mudah sebab kami dalam satu organisasi, proses itu kami lakukan dalam kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat dan melihat proses pengundian di Pusat Mengundi Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini hari ini.

Tambahnya, terdahulu beliau turut melawat lima pusat mengundi awal yang lain iaitu di Kem Sungai Buloh, Kem Tun Ibrahim, Kem Rasah, Kem Senawang dan Kem Gemas.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya