PRN: 100,000 peluang kerja jika BN-PH perintah Kelantan

PRN: 100,000 peluang kerja jika BN-PH perintah Kelantan

AHMAD Zahid Hamidi (kiri) semasa berucap pada Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di Semarak, Pasir Puteh, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) akan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh lima tahun jika diberi mandat mentadbir Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha ini bertujuan mengelakkan rakyat Kelantan menganggur akibat peluang kerja yang terhad.

“Usaha ini mampu direalisasikan dengan membawa pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur di Kelantan.

“Apa kita nyatakan ini bukan untuk tujuan politik sebaliknya atas dasar tanggungjawab kerajaan untuk rakyat,” katanya semasa berucap pada Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) di Semarak, di sini malam tadi.

Ahmad Zahid memberitahu, beliau berharap rakyat dapat melakukan perubahan pada Sabtu ini dengan memangkah gabungan BN-PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Kelantan selepas 12 Ogos.

Katanya, berpandukan kepada situasi terkini beliau yakin gabungan itu mampu memperoleh sekurang-kurang 23 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

“Keyakinan itu bersandarkan gelombang perubahan yang berlaku di Kelantan semakin positif. Kerap-kali datang ke Kelantan, saya kagum dan bertambah yakin dengan perubahan angin yang sedang melanda bagi mengubah negeri ini kepada Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN