PRK: UMNO akui ada ahli boikot, tetapi bukan jentera kempen

PRK: UMNO akui ada ahli boikot, tetapi bukan jentera kempen

PANDAK AHMAD memasang Jalur Gemilang pada kenderaan yang melakukan formasi berbentuk Jalur Gemilang terbesar di Sireh Park, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Tindakan boikot ahli dan penyokong UMNO terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai tidak melibatkan jentera parti tersebut.

Mengakui wujud boikot tersebut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad sebaliknya menjelaskan, tindakan tersebut hanya membabitkan segelintir ahli akar umbi, khususnya golongan yang lebih berusia.

Justeru, katanya, jentera UMNO terus komited membantu dan menyokong perjalanan kempen calon PH, Suhaizan Kayat bagi membantunya memenangi PRK itu pada 9 September ini.

“Kita tidak nafikan mungkin ada boikot berlaku, tetapi itu hanya melibatkan ahli-ahli parti yang lebih berusia, manakala jentera kita tetap turun padang membantu kempen calon.

“Mungkin kurang dilihat bergerak bersama-sama jentera PH kerana majoritinya bergerak secara berasingan bagi menyantuni lebih ramai pengundi di kawasan Parlimen Pulai,” katanya selepas menghadiri program formasi kereta berbentuk Jalur Gemilang terbesar di Sireh Park, di sini hari ini.

Pandak yang juga bekas Setiausaha Kerja UMNO Johor memberitahu, kepimpinan UMNO negeri berserta Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi juga telah memberikan jaminan jentera parti itu akan memberi kerjasama sepenuhnya.

“Sebenarnya jentera kita telah bergerak lebih awal lagi dalam menyantuni masyarakat di kawasan ini. Jadi, tiada boikot oleh jentera,” katanya.

Beliau yakin Suhaizan yang mewakili kerajaan perpaduan mampu memenangi kerusi itu pada PRK ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya