'Price Catcher' ditambah baik, lebih mesra pengguna - Utusan Malaysia

‘Price Catcher’ ditambah baik, lebih mesra pengguna

ARMIZAN MOHD. ALI (tiga dari kiri) merasmikan Program Outreach Sara Hidup di bawah inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor 2023 di Hotel Thistle, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang berusaha meningkatkan keupayaan aplikasi ‘Price Catcher’ supaya menarik minat lebih ramai pengguna.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, bilangan pengguna yang memuat turun aplikasi itu kurang 300,000  dan hanya 2,000 kali sahaja dilawati dalam tempoh sehari sedangkan aplikas itu sarat dengan informasi yang berguna melibatkan 480 barangan.

“Setakat ini, aplikasi ini dari segi muat turun adalah seramai 293,499 sahaja, masih rendah jika dibandingkan jumlah populasi negara. Yang kedua, kadar pelawat harian hanya sekitar 2,000 orang, sedangkan maklumat di dalam itu sebenarnya cukup bermanfaat.

“Kita di peringkat KPDN memutuskan untuk menambah baik aplikasi ini supaya lebih informatif dan interaktif agar pengguna dapat menggunakan aplikasi ini sebagai panduan untuk mereka melihat, memantau dan membuat pilihan

“Menerusi aplikasi tersebut, pemantauan dibuat di 1,500 premis di seluruh negara. Seorang pengguna boleh gunakan aplikasi ini dan dapat maklumat barangan pilihan mereka dalam radius 10 kilometer (km) bagi Semenanjung dan 20 km bagi Sabah dan Sarawak,” katanya pada Program Outreach Sara Hidup di bawah inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor 2023 di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Armizan berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pemegang taruh dan meletakkan garis masa untuk meningkatkan penggunaan aplikasi itu dalam kalangan masyarakat.

Sejak ‘Price Catcher’ dibangunkan pada 2018, aplikasi itu telah dua kali ditambah baik untuk memudahkan pengguna dan  kali ini akan dilakukan dengan lebih komprehensif dari segi promosi dan penglibatan sesi libat urus bersama pemegang taruh, pelanggan, persatuan pengguna dan pemain industri.

Katanya, aplikasi itu mempunyai lima komponen, iaitu pasar basah, pasar raya, pasar raya besar, pasar mini dan kedai runcit.

“Kita juga ada 941 pegawai pemantau harga yang dilantik di seluruh negara. Selain pegawai pemantau, kita turut harapkan penglibatan industri dalam mengemas kini harga mereka dalam aplikasi ini.

“Setakat ini, aplikasi ini cukup baik tetapi mungkin bergantung kepada tahap kecelikan IT masyarakat kita, trend penggunaan yang lebih suka tidak membuat perbandingan harga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya