Polis sedang kesan identiti mayat lelaki terapung dalam kolam ikan - Utusan Malaysia

Polis sedang kesan identiti mayat lelaki terapung dalam kolam ikan

MAYAT seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung di dalam kolam ternakan ikan berhampiran Kampung Desa Rantau, Seremban tengah hari tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak polis masih mengesan identiti mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di dalam kolam ternakan ikan berhampiran Kampung Desa Rantau, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut yang tidak pasti identitinya daripada orang awam pada pukul 12.15 tengah hari.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati mayat lelaki itu berseluar pendek tanpa baju dan dipercayai berada di dalam air lebih 48 jam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Arifai, punca kematian dan identiti mangsa masih dalam siasatan kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai bersamanya.

“Mangsa dipercayai berusia lingkungan 30-an dan mayat telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk proses bedah siasat,” katanya.

Sehubungan itu, Arifai berkata, sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Rantau, Sarjan Mejar Abdul Razak Abdul Hamid di talian 011-10891422 atau 06-6941222.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya