Polis Pahang kenal pasti pihak jual darjah kebesaran negeri - Utusan Malaysia

Polis Pahang kenal pasti pihak jual darjah kebesaran negeri

YAHAYA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis Pahang sudah mengenal pasti pihak dipercayai terlibat dalam kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, bagaimanapun masih tiada tangkapan dilakukan kerana pihaknya masih dalam proses melengkapkan siasatan berkaitan kes tersebut.

“Julai lalu, pihak polis menerima laporan kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang yang dijual pada harga melebihi RM1,000 setiap set.

“Kita sudah mengenal pasti platform dalam talian yang mana paling banyak menjalankan kegiatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan ‘Flag-off’ Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Padang Kawad Kompleks Logistik Alor Akar di sini hari ini.

Bagi kes tersebut siasatan dilakukan di bawah Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya