Kemenangan tipis tidak cukup melegakan Negeri Sembilan

Kemenangan tipis tidak cukup melegakan Negeri Sembilan

ISMAHEEL Akinade (tengah) melompat untuk mendapatkan bola dalam aksi Piala Malaysia antara Negeri Sembilan menentang Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertembungan Negeri Sembilan FC dan Kelantan United pada pusingan 16 akhir Piala Malaysia masih terbuka selepas skuad Jang hanya pulang bersama kemenangan tipis di 1-0 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Turun dengan misi mencari bekalan selesa, Kelantan United tampil dengan beberapa gerak-gerak bahaya ke kubu pelawat namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan.

Pelawat yang berjaya menyerap ‘tekanan’ pasukan tuan rumah akhirnya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-27 menerusi Sean Selvaraj.

 

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit namun ketumpulan penyudah menyaksikan keputusan 0-1 itu kekal hingga tamat babak pertama.

Aksi babak kedua, tuan rumah memperagakan aksi lebih bertenaga dan berjaya mencipta peluang-peluang menjaringkan gol namun penyudah tumpul terus membelenggu Kelantan United.

Kemasukan tenaga baharu Oj Porteria berjaya mengubah corak permainan Kelantan United apabila tersu mengusai perlawanan namun peluang terhidang gagal diterjemahkan ke dalam bentuk jaringan.

Menuju minit-minit akhir perlawanan, Kelantan United terus mendominasi permainan namun hasrat mereka untuk mendapatkan jaringan bagi mengikat kedudukan tidak menjadi kenyataan.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan hanya membawa bekalan tipis pulang ke Paroi untuk aksi kedua  pada 20 Ogos nanti.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya