SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) secara tidak rasmi telah berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan apabila melepas angka majoriti mudah setakat pukul 9.30 malam ini.
Kedua-dua parti terbabit difahamkan telah menang di 24 buah kerusi dengan DAP menang di kesemua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi manakala BN menang di 14 daripada 17 kerusi yang ditandingi.
“BN menang 14 kerusi, setakat ini PH dan BN sudah boleh tubuh kerajaan,” menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Kuala Klawang, Jelebu malam ini.
Beberapa orang calon tumpuan turut menang di kerusi yang ditandingi termasuklah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (Rantau), Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook (Chennah) Jalaluddin di Pertang.-UTUSAN.