DAP tidak boleh memandang ringan kerusi miliknya terutama di DUN Sekinchan walaupun Perikatan Nasional (PN) dipercayai mengubah strategi pencalonannya di situ pada penamaan calon Sabtu lalu. Ini didakwa didorong kehilangan kira-kira 5,000 pengundi dipercayai dalam kalangan usia 18 hingga 25 tahun di kawasan berkenaan yang menyebabkan mereka berdepan risiko tewas pada pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Kegagalan mengenal pasti punca dan kedudukan mereka di semua 11 pusat daerah mengundi (PDM) DUN berkenaan menyebabkan parti itu tidak boleh berkempen dengan selesa sehingga Jumaat depan. Namun sehingga hari ini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya