Pesara guru hasilkan 800,000 origami jet pejuang

Pesara guru hasilkan 800,000 origami jet pejuang

EE CHOO TECK bersama sebahagian kapal terbang origami yang dihasilkan ketika ditemui di kediamannya di Bukit Jambul, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Meskipun usianya sudah mencecah 88 tahun, seorang pesara guru dari Bukit Jambu dekat sini tidak mahu mensia-siakan waktu terluang sebaliknya memanfaatkan usia emasnya dengan melakukan aktiviti seni lipatan kertas atau origami.

Seni lipatan kertas itu turut memberi sumber pendapatan kepadanya.

Menurut Ee Choo Teck yang berasal dari Kampung Kangkar Baru, Yong Peng, Johor, minat menghasilkan origami kapal terbang mula tercetus apabila dia berkunjung ke sebuah pameran kapal terbang di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 1999.

“Di situ saya rasa terpegun melihat beberapa buah kapal terbang dan jet pejuang moden yang dipamerkan sekali gus terdetik untuk menghasilkan kapal terbang kertas melalui teknik origami,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Choo Teck yang mempunyai pengalaman sebagai guru bahasa Mandarin di beberapa buah sekolah di selatan tanah air selama 36 tahun itu berkata, dia tidak mengikuti sebarang kelas origami mahupun mempelajarinya dari mana-mana medium sebaliknya mempelajari sendiri kemahiran tersebut selama beberapa minggu sahaja.

“Tidak dinafikan pada permulaan mempelajari teknik origami agak sukar, namun, setelah saya mempraktikkan teknik hampir setiap hari, ia berubah menjadi lebih mudah dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan.

“Contohnya untuk sebuah kapal terbang biasa dengan menggunakan kertas A4 hanya memerlukan masa kira-kira empat minit sahaja. Jika bentuk kapal terbang yang besar sedikit boleh disiapkan dalam enam hingga 10 minit.

“Hasil pertama origami ialah sebuah jet pejuang F-16 iaitu dengan menggunakan kertas A4. Kemudian, saya meneruskan kerja seni ini sehinggalah mampu menghasilkan kira-kira 100 jenis jet pejuang sehari yang kebanyakannya dari jenis F-15 dan F-16,” katanya.

Tambah Choo Teck, sehingga kini, dia berjaya menghasilkan kira-kira 600 jenis jet pejuang termasuk kapal perang pelbagai bentuk dan saiz.

Jelasnya, anggaran jumlah keseluruhan origami kapal terbang yang dihasilkannya sejak 1999 hingga kini pula ialah hampir 800,000 buah.

“Hasil origami saya ini turut dijual di sebuah pasar dekat Lebuh Armenian dengan harga antara RM5 sehingga RM20 sebuah mengikut bentuk dan saiz,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya