Perbarisan Hari Kebangsaan KKJ meriah, disertai lebih 240 pelajar - Utusan Malaysia

Perbarisan Hari Kebangsaan KKJ meriah, disertai lebih 240 pelajar

LEBIH 240 pelajar menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Kolej Kemahiran Johor (KKJ) bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang di Dataran KKJ, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menjelang dua hari lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Kolej Kemahiran Johor (KKJ) tidak ketinggalan menganjurkan Perbarisan Hari Kebangsaan di kolej berkenaan, di sini hari ini.

Lebih 240 pelajar pelbagai kaum yang mengikuti enam kursus, iaitu automotif, pastri, pendawaian elektrik, pembuatan makanan, pengurusan pejabat dan operasi sistem komputer mengambil bahagian dalam perbarisan di Dataran KKJ itu.

Pengurus Besar Kumpulan Pendidikan YPJ, Husaini Mokhlas berkata, perbarisan itu turut menampilkan keunikan dan kelainan oleh setiap kontinjen dengan penampilan maskot, pakaian serta tema yang ditonjolkan mereka.

“Program yang diadakan ini bertujuan menyemai semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan pelajar berbilang kaum di kolej ini.

“Sambutan hari Kebangsaan bukan sahaja sebagai tanda meraikan kemenangan negara mencapai kemerdekaan, malah sebagai satu didikan kepada generasi baru bagi menghargai pengorbanan generasi terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yang paling penting, sambutan itu dapat mengajak para pelajar mensyukuri nikmat kemerdekaan selain memupuk semangat mempertahankan kemerdekaan negara yang telah dikecapi.

Perbarisan yang julung kali diadakan ini turut menampilkan pelajar daripada suku kaum Murut, Sabah yang memakai busana tradisional etnik itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya