Penubuhan koperasi PIBG masih kurang

Penubuhan koperasi PIBG masih kurang

ABDUL Fattah Abdullah (kanan) semasa hadir merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang Berhad di Kubang Batang, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mencadangkan supaya lebih banyak Koperasi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di peringkat sekolah kebangsaan dalam menyumbang kepada pembangunan institusi pendidikan kearah yang lebih berdaya maju untuk komuniti setempat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini hampir 20 koperasi PIBG telah ditubuhkan di seluruh negara.

“Koperasi PIBG juga merupakan salah satu kaedah bagi menambah pendapatan dalam membiayai serta menaja aktiviti untuk meningkatkan kecermelangan dan kokurikulum di sekolah.

“Selain itu pendapatan koperasi juga dapat digunakan bagi membantu kebajikan murid, guru serta ibu bapa yang kurang berkemampuan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Koperasi PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang Berhad dan Program Motivasi di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi PIBG SK Kubang Batang Berhad, Datuk Ahmad Rosdi Mahmad.

Abdul Fattah memberitahu, mengambil contoh Koperasi PIBG SK Kubang Batang Berhad pelbagai aktiviti ekonomi dalam menjana pendapatan telah berjaya dilakukan menerusi sewaan bangunan, pembangunan tanah dan peruncitan.

Katanya, pada masa sama ia mampu menawarkan peluang pekerjaan dan sebagainya melibatkan kepentingan komuniti setempat.

Dalam perkembangan lain, Abdul Fattah berkata, setakat ini koperasi sekolah sudah mencecah 2,841 buah dengan keahlian melebihi 2 juta orang.

“Jumlah syer pula sebanyak RM29.92 juta dan aset bernilai RM439.02 juta dengan perolehan sebanyak RM298.67 juta. Namun koperasi sekolah pada masa ini hanya wujud di sekolah menengah.

“Maka disinilah koperasi PIBG memain peranan dengan menjadi platform penting menyumbang kepada pembangunan sekolah,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya