Pengundi Hulu Terengganu, Hulu Tembeling ada pertalian saudara - Utusan Malaysia

Pengundi Hulu Terengganu, Hulu Tembeling ada pertalian saudara

HARIS SALLEH Hamzah (kanan) beramah mesra dengan seorang pengundi di pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: UMNO Bahagian Jerantut memperoleh pengalaman berharga apabila diberi peluang oleh Badan Perhubungan UMNO negeri membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Hulu Terengganu sekali gus mengenali lebih dekat sejarah serta ikatan persaudaraan penduduk Hulu Terengganu dengan Hulu Tembeling.

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, sejak melaksanakan tugasan mewakili UMNO Pahang di kawasan itu, beliau serta rakan sayap parti tersebut mendapat perhatian pengundi setempat di situ sejak bermula hari penamaan calon Sabtu lalu.

“Lebih menarik kami bersua dengan ramai pengundi di Hulu Terengganu khususnya di DUN Kuala Berang mempunyai pertalian persaudaraan dengan penduduk Hulu Tembeling, Jerantut dan menerima dengan baik serta mesra kehadiran kami.

“Perkara ini memudahkan strategi saya dan rakan sayap UMNO membantu calon berkenaan berkempen khususnya menjelaskan aspirasi Kerajaan Perpaduan menerusi dasar tertentu untuk meneruskan pembangunan selepas PRN ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Haris Salleh, jentera UMNO Jerantut bergerak mengikut jadual mengiringi calon DUN Kuala Berang, Ajil, Telemong dan Manir termasuk memantau Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkaitan pengumpulan data dan pengurusan teknikal tertentu.

“Sejak lebih seminggu di sana, ada petunjuk positif daripada pengundi setempat dan kita yakin calon yang merupakan penyandang di beberapa DUN mempunyai harapan yang cerah dan akan terus mengekalkan kerusi berkenaan pada PRN ini.

“Kita (UMNO) Jerantut diberikan amanah oleh UMNO Pahang akan membantu calon berkenaan dengan bekerja lebih kuat menemui pengundi dari rumah ke rumah dan lokasi serta membaiki momentum strategi sehingga tengah malam 12 Ogos ini bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Haris Salleh berkata, tugas yang diamanahkan oleh UMNO Pahang memberi pengalaman baharu kepadanya serta rakan sayap yang terdiri daripada golongan muda untuk mencongak perancangan dan strategi pemulihan di Parlimen Jerantut dan tiga buah DUN bagi persediaan lima tahun akan datang.

“Kajian sikap calon dan pengundi serta trend (sikap) orang muda banyak telah kami pelajari bagi membantu pemulihan dan menjana kekuatan UMNO Jerantut semula sekali gus mengembalikan Parlimen dan tiga DUN daripada tangan pembangkang,” katanya.

Ujarnya, UMNO di sini berterima kasih kepada Wan Rosdy dan UMNO Hulu Terengganu kerana memberikan kepercayaan serta tanggungjawab ‘orang muda’ dari Jerantut untuk membantu kempen PRN ini dan lebih teruja dapat mengikat erat ukhuwah antara penduduk Hulu Terengganu dan Hulu Tembeling. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya