Pengundi harap jana ekonomi Juasseh - Utusan Malaysia

Pengundi harap jana ekonomi Juasseh

BIBI SHARLIZA MOHD. KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh iaitu Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid bukanlah nama asing dalam arena politik di Negeri Sembilan.

Isteri kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad itu merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi pada penggal 2004-2008.

Kini selepas beberapa ketika, Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan itu kembali ke gelanggang pilihan raya dan bertanding di DUN Juasseh.

Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI, beliau berkongsikan harapannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Apa maklum balas yang diterima Puan Sri daripada pengundi di DUN Juasseh sepanjang kempen berlangsung?

Maklum balas yang diterima adalah tentang pembangunan desa dan kampung termasuk berkaitan internet, mesin ATM dan kemajuan pada pekan Juasseh. Apa yang penting adalah berkaitan menjana ekonomi di Juasseh.

Juasseh menerima impak ekonomi yang baik terutama ia merupakan jalan utama yang menghubungkan Negeri Sembilan-Pahang.

Juasseh terdapat lokasi persinggahan membeli produk kampung di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Jemapoh, mungkin kita boleh naik taraf semula kerana ia tempat perhentian yang cukup cantik.

 Bagaimana peluang Puan Sri dan BN di DUN Juasseh?

Insya-Allah BN akan kekal di DUN Juasseh ini memandangkan semangat daripada pengundi itu sendiri yang mahu memilih BN. BN tidak pernah kalah di sini dan saya beranggapan bahawa ini adalah kesinambungan kepemimpinan yang diperlukan penduduk Juasseh.

 Bagaimana corak dan pendekatan kempen Puan Sri?

Banyak program pendekatan dengan pengundi seperti ziarah kasih, ukhwah bersama anak-anak muda, pengundi Cina, saya mahu berjumpa dengan semua lapisan peringkat umur pengundi DUN Juasseh. Saya santuni berbilang bangsa dengan matlamat Kerajaan Perpaduan.

Apa harapan untuk pengundi pada PRN 12 Ogos nanti?

Saya harap pengundi di DUN Juasseh akan terus memberikan kepercayaan kepada BN dan balik mengundi. Beri saya peluang untuk meneruskan juga agenda orang Melayu dan agenda menambaik keadaan kampung tradisi.

Saya juga berharap pengundi dapat memberi tempat kepada wanita untuk menjadi pengimbang dalam pentadbiran.

 Perjalanan kempen bagaimana?

Gabungan jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) juga cukup baik. PH turut membantu saya, jentera mereka bersama-sama saya berkempen dari satu rumah ke satu rumah, ini yang cukup penting.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya