Pengawal keselamatan mengaku cabul anak tiri, pukul kembar mangsa - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan mengaku cabul anak tiri, pukul kembar mangsa

SEORANG pengawal keselamatan mengaku bersalah atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya dan memukul kembar mangsa di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tirinya sejak 2020 hingga awal bulan ini.

Tertuduh yang berusia 47 tahun turut mengaku salah terhadap satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini kerana memukul kembar kanak-kanak itu sejak 2020 hingga Jun lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Noraida Sulaiman dan Majistret, A. Sharmini.

Berdasarkan lapan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sejak 2020 hingga 1 Ogos tahun ini, iaitu sejak mangsa berusia 10 hingga 13 tahun.

Antara perbuatan itu termasuk memegang dan menjilat payudara, memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa serta meminta mangsa menghisap kemaluannya.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 16(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun serta sebat tidak kurang daripada dua sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi satu lagi pertuduhan, doa didakwa memukul mangsa menggunakan tangan, kaki, dan tali pinggang sejak 2020 hingga Jun lalu dan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau boleh denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kedua-dua anak tirinya yang kini berusia 13 tahun di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar Uda Utama, Taman Perling.

Bagi lapan pertuduhan cabul, mahkamah menetapkan 21 Ogos ini untuk penyediaan fakta kes serta tarikh jatuh hukum, manakala bagi kes pukul, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara 10 hari dan denda RM1,000 dan dipenjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin dan Shamira Mohd. Luthfi Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya