Pengawal keselamatan maut dipijak gajah liar

Pengawal keselamatan maut dipijak gajah liar

LOKASI kejadian seorang lelaki dipercayai maut akibat dipijak gajah dalam satu kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang, Kelantan, semalam. UTUSAN/IHSAN AHLI KELUARGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pengawal keselamatan maut dipercayai akibat dipijak gajah liar dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Tinggi Lojing di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, mangsa Mohd. Marzuki Mohd. Nawi, 42, meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Brooke.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa bersama seorang lagi rakan yang menunggang secara berasingan dalam perjalanan ke sungai di kawasan ladang MJB Forestry Lojing Gua Musang untuk memancing ikan.

Menurutnya, ketika sedang mendaki bukit mangsa dan rakannya itu telah terserempak dengan dua ekor gajah dewasa yang keluar dari kawasan sebelah kanan mereka.

“Mangsa dan rakannya itu cuba melarikan namun terjatuh daripada motosikal. Bagaimanapun, rakan mangsa yang berada di belakang berjaya melarikan diri.

“Tidak lama kemudian selepas dua ekor gajah terbabit meninggalkan tempat kejadian, rakannya itu datang kembali ke lokasi dan mendapati mangsa berada dalam semak dalam keadaan kesakitan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Choon Foo memberitahu, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang ketika menerima rawatan di klinik berkenaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat pegawai perubatan mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan ‘Traumatic Lung Injury’ dan pemeriksaan fizikal terdapat kesan lebam dan luka di sebelah pinggang kiri dipercayai dipijak gajah terbabit.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kesan tapak gajah dan laporan hasil bedah siasat adalah konsisten dengan keterangan kejadian serta saksi bahawa mangsa telah mati dipijak gajah,” ujarnya.

Choon Foo berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut serta tiada sebarang unsur jenayah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya