Pengawal keselamatan diseret enam meter sebelum dipijak gajah 

Pengawal keselamatan diseret enam meter sebelum dipijak gajah 

LOKASI kejadian seorang lelaki dipercayai maut akibat dipijak gajah dalam satu kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang, Kelantan, semalam. UTUSAN/IHSAN AHLI KELUARGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang pengawal keselamatan yang maut di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Tinggi Lojing di sini kelmarin dipercayai diseret sejauh enam meter oleh seekor gajah sebelum dipijak haiwan liar itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, mangsa, Mohd. Marzuki Mohd. Nawi, 42, diseret oleh gajah terbabit dari lokasi motosikalnya terbabas.

Menurutnya, selain itu, mangsa juga disyaki diserang oleh dua ekor gajah liar berdasarkan penemuan kesan tapak kaki gajah bersaiz antara 30 hingga 35 sentimeter.

“Selain itu, terdapat kesan gajah memakan daun pokok kelapa sawit di kawasan itu. Seramai lima anggota Perhilitan daerah Gua Musang tiba di lokasi kejadian bersama Pegawai Penyiasat Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

“Siasatan mendapati, kawasan kejadian juga tidak mempunyai Sistem Pagar Elektrik Gajah dan tiada Parit Penghalang Gajah sehingga menyebabkan gajah liar dari Hutan Simpan Brooke sering menceroboh kawasan ladang,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, gajah yang menyerang mangsa terdiri daripada kumpulan ID Brooke yang mempunyai populasi dianggarkan sebanyak 30 ekor.

“Semakan rekod aduan Konflik Hidupan Liar di daerah ini mendapat,  tiada rekod aduan gangguan gajah liar di kawasan kejadian iaitu Ladang Hebat Subur Sdn. Bhd. Lojing. 

“Sehubungan itu,  pekerja ladang dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang pengawal keselamatan maut dipercayai akibat dipijak gajah liar dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Tanah Tinggi Lojing di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, mangsa Mohd. Marzuki Mohd. Nawi, 42, meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Brooke.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya