Pengarah agensi kerajaan direman SPRM kes salah guna jawatan - Utusan Malaysia

Pengarah agensi kerajaan direman SPRM kes salah guna jawatan

DUA individu termasuk seorang penjawat awam berpangkat pengarah direman tiga hari di Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan kontrak kerja-kerja berkaitan sebuah agensi kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua individu termasuk seorang penjawat awam berpangkat pengarah direman tiga hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan kontrak kerja-kerja berkaitan sebuah agensi kerajaan membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira lebih RM200,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 40-an dan 20-an itu dikeluarkan bermula hari ini hingga 18 Ogos depan di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini.

Terdahulu, dua lelaki itu hadir ke Mahkamah Majistret Seremban di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi bagi proses permohonan reman dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, kedua-dua individu itu telah ditahan kira-kira pukul 3 dan 5 petang semalam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sumber SPRM berkata, suspek pertama berjawatan pengarah berusia 40-an dipercayai menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan melantik syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan dengan beliau untuk mendapatkan kerja-kerja di sebuah agensi kerajaan di cawangan Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, suspek dipercayai bersubahat dengan seorang lelaki berusia 20-an dan perbuatan itu dilakukan pada tahun 2019 hingga 2020.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya