Penduduk diminta jadi mata dan telinga - Utusan Malaysia

Penduduk diminta jadi mata dan telinga

FAUZI FAIZAL menunjukkan Sungai Tiram yang berdekatan dengan SK Sungai Tiram, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Sungai Tiram diminta menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati perkara mencurigakan berlaku di kawasan tersebut yang mungkin menyebabkan insiden pencemaran.

Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Zon Sungai Tiram, Fauzi Faizal berkata, penduduk juga perlu cakna dengan apa yang berlaku di persekitaran mereka dan segera melaporkan sekiranya pencemaran bau busuk seperti bau najis dan bahan kimia berulang.

Tindakan pantas itu secara tak langsung dapat memastikan tiada penduduk yang terjejas kesihatan akibat pencemaran di sekitar kawasan kampung itu.

“Pada petang Selasa lalu, penduduk dikejutkan dengan insiden pencemaran bau yang sangat busuk seperti bau gas hingga menyebabkan murid sekolah muntah dan sakit tekak.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bomba telah membuat siasatan, namun difahamkan masih belum dapat mengesan punca sebenar kejadian itu” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Kelmarin seramai dua guru, dua petugas kantin serta 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram mengalami pening dan muntah selepas terhidu bau busuk kira-kira pukul 3 petang.

JAS Johor dilaporkan masih menyiasat punca pencemaran bau di Kampung Sungai Tiram selepas tidak dapat mengesan punca pencemaran tersebut serta menjejaki tempat pelupusan haram atau pelepasan buangan berjadual di mana-mana premis di sekitar kawasan tersebut.

Pemantauan yang dilakukan pasukan penyiasat JAS bersama Pasukan Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBJB) turut mendapati kualiti udara serta sampel yang diambil daripada tali air serta sungai di kampung tersebut adalah normal.

Dalam pada itu, terdapat penduduk yang mendakwa terdapat beberapa lori haram yang mẹmbuat pembuangan sampah haram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya