Pemandu lori maut, penumpang bas selamat

Pemandu lori maut, penumpang bas selamat

KEADAAN bas yang membawa 22 penumpang selepas terlibat dengan kemalangan di  Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kuala Krai, Kelantan  malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya itu bertembung dengan sebuah bas yang membawa 22 penumpang dalam kejadian di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu pemandu lori maut dilokasi selepas mengalami kecederaan parah manakal 22 penumpang bas terselamat.

Bagaimanapun, kelindan lori dan pemandu bas hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintenda Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati lori tersebut dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu manakala bas dari Kota Bharu ke Seremban.

Menurutnya, setiba di lokasi lori tersebut telah bertembung dengan bas terbabit dan mengakibatkan kenderaan itu bergerak ke sebelah kiri jalan lalu melanggar penghadang keselamatan.

“Akibat pelanggaran tersebut, pemandu lori telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat. 

“Kesemua penumpang bas itu kemudian telah dibawa oleh pihak syarikat penyedia perkhidmatan itu ke lokasi yang dituju dengan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suzaimi memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya