Paparan tokoh Negeri Sembilan di papan iklan - Utusan Malaysia

Paparan tokoh Negeri Sembilan di papan iklan

ISMAIL Lasim (tiga dari kiri) melancarkan buku Pendeta Za'ba sempena Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dan Gimik Pelancaran Paparan Wajah Merdeka Anak Noghori di pekarangan JPNS di Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai sembilan tokoh akan ditampilkan pada papan iklan (billboard) di kawasan tumpuan awam di seluruh negeri ini sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 tahun ini.   

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Ismail Lasim berkata, ia melibatkan paparan tokoh dari Negeri Sembilan yang telah memberi sumbangan yang signifikan dalam sejarah kemerdekaan negara.

Katanya, sebahagian daripada mungkin tidak dikenali di peringkat kebangsaan tetapi mempunyai nilai sejarah yang besar kepada negeri ini.

“Tokoh tempatan seperti Datuk Siamang Gagap mungkin tidak disebut dalam buku sejarah tetapi di Negeri Sembilan beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam sejarah perjuangan kemerdekaan.

“Kerajaan negeri berharap pemaparan mereka di lokasi awam akan membolehkan orang ramai mengenali dan menghargai pengorbanan serta sumbangan yang telah mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pembeita selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dan Gimik Pelancaran Paparan Wajah Merdeka Anak Noghori di pekarangan JPNS di sini hari ini.

Sembilan tokoh itu terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang keenam, Yamtuan Antah Ibni Yamtuan Radin yang memerintah mulai tahun 1869 hingga 1888.

Turut disenaraikan ialah panglima perang dalam Perang Bukit Putus, Abdul Qahar Mukmin (Pendekar Siamang Gagap); pembaca doa semasa Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Datuk Syeikh Ahmad Mohd. Said; Datuk Siti Rahmah Kassim yang digelar Wanita Gelang Merdeka dan Tan Sri Zainal Abidin Ahmad (Pendeta Za’ba).

Tokoh lain ialah pelombong bijih timah yang membangunkan Kuala Pilah, Tauke Tung Yen, Sarjan Hassan Othman yang menggagalkan cubaan komunis mensabotaj kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan legenda badminton negara, Datuk Punch Gunalan.

Ismail memberitahu, paparan mengenai sembilan tokoh itu telah dilaksanakan dengan kerjasama JPNS, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS)dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya