JOHOR BAHRU: Calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar tiba di pusat penamaan xalon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini pada pukul 8.45 pagi dengan diiring beberapa pemimpinnya termasuk Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Yang turut mengiringinya Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Naib Presiden Bersatu, Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin.
Perarakan mengiringi calon PN turut disertai kira-kira 1,000 penyokong parti gabungan PN, iaitu Bersatu), Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).
Kehadiran calon PN itu mencuri perhatian apabila diiringi dengan paluan kompang yang dimainkan oleh penyokong gabungan tersebut.
PRK tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu. – UTUSAN