OKU cacat penglihatan 'tawan' Bukit Panau sempena bulan kemerdekaan

OKU cacat penglihatan ‘tawan’ Bukit Panau sempena bulan kemerdekaan

KEGEMBIRAAN jelas terpancar diraut wajah peserta OKU cacat penglihatan dari SBM Cawangan Kelantan bersama pengiring selepas berjaya menawan puncak Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seramai 10 orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan membuktikan kekurangan yang ada pada diri mereka bukan menghalang untuk mencipta kejayaan apabila menawan puncak Bukit Panau di sini Kembara Merdeka 2023 hari ini.

Kesemua individu dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Kelantan mengambil masa selama satu lima minit untuk ‘menawan’ tiba di puncak bukit yang berketinggian setinggi 255 meter.

Penyelarasnya Mohd. Firdaus Mohamed Nor berkata, kejayaan itu membawa mesej kepada masyarakat bahawa OKU mampu melakukan misi mencabar sekiranya diberikan sokongan penuh oleh semua pihak.

“Alhamdulillah saya gembira dengan pencapaian yang ditunjukan oleh semua peserta. Rata-rata mereka membuktikan kekurangan yang ada pada diri bukan penghalang kepada kejayaan.

“Melalui aktiviti ini, ia sedikit sebanyak banyak dapat menyuntik semangat patriotik kerana program ini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-66 tahun ini,” katanya kepada pemberita di Bukit Panau di sini hari ini.

Mohd. Firdaus memberitahu, kejayaan hari ini turut dibantu oleh sukarelawan Pengangkap Tanah Merah yang bertindak sebagai pengiring.

Katanya, pasukan itu membantu melancarkan pergerakan sepanjang misi tersebut.

Sementara itu seorang peserta, Mohamad Syukran Che Amat, 36, berkata dia bersyukur dapat menamatkan kembara ini walau pun terpaksa dipimpin oleh sukarelawan untuk sampai ke puncak.

“Perlukan stamina yang kuat, ketahanan mental dan terpaksa menempuh laluan sukar kerana halangan akar kayu tersangkut di kaki, batu tetapi saya dapat mengatasinya kerana ada sukarelawan membantu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya