MPPD tidak galak pengunjung berkhemah di pantai - Utusan Malaysia

MPPD tidak galak pengunjung berkhemah di pantai

ZAMRI Mohd. Esa (enam dari kiri) bersama peserta Program Kempen Semarak Kibar Jalur Gemilang bergambar berlatar belakang lukisan mural di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Bermulanya cuti persekolahan penggal kedua, pantai-pantai peranginan di daerah ini dijangka akan kembali menjadi tumpuan pengunjung. 

Bagi memastikan keselamatan dan keselesaan setiap pengunjung yang dijangka meningkat jumlah kehadirannya, pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) tidak menggalakkan mereka menjalankan aktiviti berkhemah dan bermalam di kawasan pantai.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mohd. Esa berkata, ia susulan terdapat beberapa kes sebelum ini apabila ada pengunjung yang cedera terpijak bara api yang ditinggalkan oleh pengunjung lain di pantai.

“Apabila selesai berkhemah mereka perlu mengemas kembali termasuk selepas membuat aktiviti membakar. Sepatutnya arang yang digunakan perlu dibuang untuk tidak menimbulkan kesulitan kepada pengunjung yang lain.

“Kami juga ada menerima beberapa kes apabila pangkal pokok terkena bara api menyebabkan pokok itu mati dan kami terpaksa memotong pokok berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Kempen Semarak Kibar Jalur Gemilang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran.

ZAMRI MOHD. ESA

Mohd. Zamri sementara itu memberitahu, bangunan Pasar Lama, Port Dickson menjadi lokasi ketiga lukisan mural berlampu yang akan menjadi tarikan terbaharu orang ramai ke bandar ini.

“Sebanyak RM250,000 telah diperuntukkan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan bagi penyediaan mural di kawasan ini. 

“Sedia maklum kawasan ini tidak menerima kunjungan pengunjung bermula pukul 7 hingga 8 malam oleh itu MPPD berhasrat supaya pekan Port Dickson dikunjungi ramai dengan terdapatnya mural yang indah dan bercahaya dijangka bermula bulan Oktober ini,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya