Mohd. Nassuruddin galas lima tanggungjawab kemudi Kerajaan Kelantan

Mohd. Nassuruddin galas lima tanggungjawab kemudi Kerajaan Kelantan

MOHD. Nassuruddin Daud (duduk kiri) bersama barisan Exco Kelantan bagi penggal ke-15 semasa sidang media di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menggalas lima tanggungjawab selepas Pas terus diberi mandat untuk memimpin kerajaan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pada penggal ke-15 kali ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti menggalas tanggungjawab perancangan, pentadbiran awam, kewangan, ekonomi dan tanah.

Sementara Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang.

Pada penggal kali ini Kelantan menampilkan kelainan apabila ADUN Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengerusi Belia, Sukan dan NGO dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.

Perubahan itu turut dapat dilihat apabila ADUN Kemahang Datuk Mejar (B) Md. Anizam Ab. Rahman dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan berbanding sebelum ini Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sebelum ini.

Semantara ADUN Kijang Datuk Dr. Izani Husin memikul tugas berat apabila dilantik sebagai Pengerusi Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar manakala Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail menggalas tanggungjawab untuk Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi.

Bagi mengukuhkan lagi pentadbiran, Kelantan turut menyuntik perubahan apabila melantik lima muka baharu untuk membarisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) iaitu Rohani Ibrahim (Tanjong Mas), Mohd. Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra), Hilmi Abdullah (Guchil) dan wakil tunggal dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Kamaruddin Md. Noor (Air Lanas)

Rohani dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,  Mohd. Asri (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta), Zamakshari (Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat), Mohd. Hilmi (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar) dan Kamaruddin (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

 

SENARAI PENUH BARISAN EXCO KELANTAN

Jawatankuasa Perancangan, pentadbiran awam, kewangan, ekonomi dan tanah.

Pengerusi: Datuk Mohd. Nassuruddin Daud (ADUN Meranti).

Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang.

Pengerusi: Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan (ADUN Temangan).

Timbalan: Wan Rahimi Wan Daud (ADUN Kadok).

Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi.

Pengerusi: Wan Roslan Wan Hamat (ADUN Pengkalan Kubor).

Timbalan: Kamarulzaman Mohamad (ADUN Gual Periok).

Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

Pengerusi: Mohd. Asri Daud (ADUN Demit).

Timbalan: Nik Bahrum Nik Abdullah (ADUN Chempaka).

Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan.

Pengerusi: Datuk Mejar (B) Md. Anizam Ab. Rahman (ADUN Kemahang)

Timbalan: Mohamad Nasriff Daud (ADUN Pengkalan Pasir).

Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.

Pengerusi : Hilmi Abdullah (ADUN Guchil).

Timbalan: Abd. Rahman Yunus (ADUN Pasir Tumboh).

Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi.

Pengerusi: Tuan Saripudin Tuan Ismail (ADUN Selising)

Timbalan: Datuk Shaari Mat Hussain (ADUN Paloh)

Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar.

Pengerusi: Datuk Dr. Izani Hussin (ADUN Kijang).

Timbalan: Saizol Ismail (ADUN Salor).

Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

Pengerusi: Rohani Ibrahim (ADUN Tanjong Mas).

Timbalan: Nor Asilah Mohamed Zain (ADUN Limbongan).

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Pengerusi : Datuk Kamarudin Md. Nor (ADUN Air Lanas).

Timbalan: Zameri Mat Nawang (ADUN Jelawat).

Jawatankuasa Belia, Sukan NGO dan Perpaduan Masyarakat.

Pengerusi: Zamakshari Muhamad (ADUN Apam Putra).

Timbalan: Bahari Mohamad Nor (ADUN Gual Ipoh).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya