Mohd. Nassuruddin beri bayangan perubahan portfolio Exco

Mohd. Nassuruddin beri bayangan perubahan portfolio Exco

MOHD. Nassuruddin Daud semasa sidang media selepas melaporkan diri sebagai Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud memberi bayangan berkemungkinan berlaku perubahan di dalam portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada penggal kali ini.

Beliau berkata, perubahan berkait dengan perkara itu akan dimaklumkan selepas ini.

“Buat masa ini kita (Kerajaan Kelantan) sedang menyusun perkara itu. Hal ini kerana, kita baharu sahaja selesai proses pelantikan,” katanya semasa sidang media selepas selesai melapor diri pada hari pertama sebagai Menteri Besar di Kompleks Darulnaim di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seramai lima muka baharu yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu mengangkat sumpah jawatan Exco kerajaan

Muka baharu itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Mohd. Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra), Hilmi Abdullah (Guchil) dan wakil tunggal dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Kamaruddin Md. Noor (Air Lanas).

Sementara itu, empat muka lama yang masih lagi dikekalkan untuk sebagai Exco ialah Datuk Md. Anizam Abdul Rahman Kemahang), Datuk Dr. Izani Husin (Kijang), Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Selising ) dan Wan Roslan Wan Hamat dan (Pengkalan Kubor).

PRN Sabtu lalu menyaksikan Pas bersama Bersatu yang membentuk kerjasama menerusi Perikatan Nasional (PN) menang 43 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN.

Kemenangan itu menyaksikan PN meraih majoriti dua pertiga sekaligus membentuk kerajaan mantap pada penggal kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN