KOTA BHARU: Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Datuk Mohd.Nassuruddin akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang kesembilan esok.
Majlis tersebut dijadual berlangsung di Istana Negeri Kubang Kerian di sini pada pukul 3.30 petang.
Sumber memberitahu Utusan Malaysia malam ini, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang sebelum ini menggalas tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar.
“Selain dua jawatan penting itu, esok turut berlangsung majlis angkat sumpah melibatkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
“Seorang wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut dilantik untuk jawatan Exco pada penggal kali ini,” katanya ketika dihubungi di sini.
-UTUSAN ONLINE