Meroyanlah PN, Kerajaan Perpaduan akan terus perintah negara

Meroyanlah PN, Kerajaan Perpaduan akan terus perintah negara

ANWAR Ibrahim (tengah) diiringi pegawai keselamatan semasa hadir ke ceramah Jelajah Madani di Pusat Operasi BN Tanah Merah, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan akan terus memerintah negara ini walaupun Perikatan Nasional (PN) sibuk mendakwa perubahan tampuk pentadbiran akan berubah  pada bulan ini.

Beliau sebaliknya berkata, Kerajaan Perpaduan akan terus mentadbir negara ini dengan lebih baik selepas ini.

“Bulan Ogos, mereka (PN) sibuk mengatakan Kerajaan Perpaduan akan bertukar. Teruskanlah meroyan…kita (Kerajaan Perpaduan) akan terus mentadbir  lebih baik daripada kamu (PN),” katanya semasa berucap pada Jelajah Madani di Markas Operasi BN Tanah Merah di sini sebentar tadi.

Hadir sama Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan parti gabungan Kerajaan Perpaduan.

Hampir 10,000 rakyat Kelantan membanjiri jelajah Madani walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Utusan Online, melaporkan kemenangan PN penting sebagai referendum atau pungutan suara bagi menolak Kerajaan Persekutuan dalam PRN Sabtu ini.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun keputusan PRN di enam negeri itu tidak akan mengubah kerajaan Pusat, tetapi kemenangan PN penting sebagai isyarat rakyat ingin perubahan dalam kerajaan tersebut.

“Walaupun ini bukan Pilihan Raya Umum (PRU) yang bertujuan membentuk kerajaan Persekutuan, tetapi seramai 9.7 juta pengundi iadalah pengundi yang sama (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Jadi kita (PN) mahu menunjukkan dengan jelas kepada Kerajaan Persekutuan bahawa rakyat tidak bersetuju dengan apa yang berlaku sekarang.

“Ini yang kita sebutkan referendum, iaitu rakyat keluar (mengundi) dan menyatakan mereka menolak kerajaan hari ini. Kita harap ianya berlaku dalam PRN,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya