MBIP minta penduduk, pemilik premis kibar Jalur Gemilang - Utusan Malaysia

MBIP minta penduduk, pemilik premis kibar Jalur Gemilang

MOHD. HAFFIZ AHMAD (kiri) melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBIP 2023 di Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Komuniti setempat, khususnya pemilik dan penyewa premis di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) diminta memasang Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.

Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis pemasangan Jalur Gemilang serta bendera negeri kepada pemilik bangunan seperti premis perniagaan, komersial dan hotel pada 15 Ogos lalu.

“Kita berharap semua pemilik bangunan di bawah kawasan pentadbiran MBIP akan mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka seperti pemakluman dibuat menerusi notis yang telah dikeluarkan.

“Selain itu, dianggarkan terdapat 200,000 premis kediaman di bawah pegangan hartanah MBIP. Jadi, kita juga telah maklumkan kepada para penduduk untuk turut pasang bendera,” katanya selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBIP 2023, di sini hari ini.

Pada program tersebut, sebanyak 30 kenderaan MBIP menyertai konvoi Kembara Merdeka Iskandar Puteri yang mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang awam, pengusaha bas dan pemandu teksi.

Antara lokasi yang terlibat adalah di sekitar Jalan Persiaran Selatan, Puteri Harbour dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya