MB Kelantan fokus selesaikan isu air

MB Kelantan fokus selesaikan isu air

MOHD. Nassuruddin Daud  semasa sidang media  selepas pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan kerajaan negeri menjadikan masalah bekalan air sebagai fokus utama yang akan cuba diselesaikan sebaik mungkin pada penggal pentadbiran kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti itu berkata, usaha menyelesaikan masalah tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

“Memang semua tahu kita (Kelantan) berdepan dengan masalah air, negeri lain pun ada juga (air). Oleh itu, kita (Kelantan) akan merapatkan hubungan dengan Kerajaan Persekutuan.

“Langkah ini selari dengan semangat federalisme dan kita akan penuhi kebajikan rakyat,” katanya semasa sidang media  selepas pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan dan barisan Exco.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, pada masa sama Kerajaan Kelantan akan memberikan tumpuan dalam sektor ekonomi melalui pengukuhan dalam perkara utama iaitu pelabuhan, lapangan terbang antarabangsa dan jaringan lebuh raya dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Katanya, kerajaan negeri juga sedia meningkatkan hasil pengeluaran sumber asli terutama mineral dan memanfaatkan keparakan anak-anak Kelantan dalam mengukuhkan hubungan strategik dengan pihak luar.

“Ia melibatkan bidang pendidikan dan ekonomi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Nassurudin berkata, beliau akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya