Matrix Concepts agih Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan - Utusan Malaysia

Matrix Concepts agih Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan

MOHAMAD Haslah Mohamad Amin dan Lee Tian Hock (tengah) bersama wakil komuniti pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Bandar Sri Sendayan, Seremban hari ini.UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concept) mengambil inisiatif menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 dengan mengagihkan sebanyak 1,000 Jalur Gemilang kepada komuniti setempat di Bandar Sri Sendayan di sini.

Pengerusi Matrix Concept, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin berkata, kesemua bendera itu diagihkan kepada 50 kumpulan komuniti termasuk sekolah, ketua kampung, persatuan penduduk, rumah ibadat serta pihak berkuasa setempat.

“Sebanyak 1,000 Jalur Gemilang diagihkan kepada komuniti setempat bagi menyemarakkan lagi bulan Kemerdekaan negara. Sebagai pemaju, kami mahu menarik komuniti setempat untuk terlibat sama mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan kediaman mereka atau di mana sahaja.

“Kami juga juga berhasrat menjadikan acara pemberian Jalur Gemilang ini sebagai program tahunan yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Datuk Lee Tian Hock.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya