Masyarakat setempat bendung perspektif Orang Hidup Dengan

Masyarakat setempat bendung perspektif negatif Orang Hidup Dengan AIDS

LUKANISMAN Aang Sauni dan Dr Adeeba (tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan selepas merasmikan Teratak Kasih Tok Nan (TKTN) Cawangan Miri Sarawak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI: Masyarakat setempat perlu berperanan membendung persepsi negatif terhadap Orang Hidup Dengan AIDS (OHDA) di negara ini.

Dalam pada masa yang sama, usaha itu sekali gus membina kesedaran masyarakat untuk berani tampil menjalani ujian saringan, mengambil rawatan awal seterusnya mencegah serta mempunyai kesedaran awal terhadap penyakit tersebut. 

Justeru, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni menegaskan agar komuniti setempat mengambil pendekatan yang lebih positif dan mesra terhadap golongan berkenaan. 

“Penghalang terbesar yang memberi kesan kepada kehidupan OHDA adalah stigma dan diskriminasi termasuk juga ketidaksamaan. Justeru, bagi memastikan kesaksamaan terus tercapai, ketersediaan dan kesesuaian perkhidmatan rawatan dan ujian pencegahan HIV perlu dipertingkatkan serta mesra komuniti.

“Oleh itu, saya menyarankan agar masyarakat mengubah tanggapan negatif kepada golongan OHDA supaya mereka berani tampil ke hadapan untuk mendapatkan rawatan.

“Sekiranya persepsi negatif ini masih berterusan, risiko penyebaran virus ini sukar dibendung,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Teratak Kasih Tok Nan Cawangan Miri, di sini semalam. 

Dalam perkembangan yang sama, Lukanisman memberi keyakinan akan menggandakan usaha kesedaran dan pencegahan awal tersebut 

“Tujuan Miri dipilih adalah kita mengamalkan satu ‘data driven policy’ di mana data menunjukkan terdapat peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan masyarakat dan golongan berisiko. 

“Maka, satu pusat Teratak Kasih Tok Nan (TKTN) yang juga merupakan pusat kedua dibuka di Sarawak yang sebelum ini dibuka di Kuching yang akan membantu memberi kesedaran dan pengetahuan kepada golongan berisiko ini di Miri ini,” tambahnya. 

Untuk rekod, kes kumulatif jangkitan HIV di Miri mewakili 18 peratus daripada jumlah jangkitan HIV untuk seluruh negeri Sarawak iaitu kedua tertinggi selepas Kuching dari tahun 2017 sehingga 2022. 

Lukanisman yang juga merupakan Ahli Parlimen Sibuti akan berbincang bersama residen bahagian untuk mencadangkan keperluan penggunaan fasiliti kuarters kerajaan sebagai tempat TKTN.

“Buat sementara waktu, kita beroperasi di rumah kedai ini dan kemudian kita usahakan mendapatkan satu tapak atau kuarters tinggalan di Piasau Camp.

“Saya akan berbincang dengan pihak residen supaya dapat berikan fasiliti tersebut kepada kami kerana banyak NGO seperti Veteran Angkatan Tentera beroperasi di sana. Adalah harapan kami membawa TKTN ke tempat tersebut memandangkan tempat itu bagus untuk faktor penyembuhan,” ujarnya lagi.

Untuk 2007 hingga 2022, Sarawak dilaporkan mencatat 4,752 kes jangkitan HIV dan juga 2,206 kes AIDS dari tempoh 2007 hingga 2022 yang menyaksikan Kuching sebagai kawasan tertinggi diikuti Miri dan Sibu.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia, Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman turut menegaskan kerjasama antara kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam usaha mengurangkan risiko AIDS serta HIV di Malaysia. 

“Untuk mengakhiri AIDS adalah amat penting kerjasama di antara satu sama lain.  Walaupun kita ada rawatan dan cara pencegahan sudah dua ke tiga abad, tetapi sekiranya tidak ada kerjasama yang seperti ini dilakukan di antara kerajaan dan NGO termasuk juga dari individu lain, ia menyumbang kepada salah satu faktor ketidakcapaian bagi Malaysia ke arah usaha menamatkan AIDS menjelang 2030 dengan sasaran sekurang-kurangnya 95 peratus,” tegasnya. 

Beliau pada masa yang sama mendedahkan Australia kini sudah menghampiri sasaran untuk menamatkan AIDS dalam komuniti dan ia juga melalui usaha rawatan yang sempurna dan juga dengan adanya PrEP (pre-exposure prophylaxis) serta usaha ciri-ciri pencegahan yang lain. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya