Manfaatkan teknologi, inovasi MARDI – Mohamad Zabawi

Manfaatkan teknologi, inovasi MARDI – Mohamad Zabawi

DR. MOHAMAD Zabawi Abdul Ghani menunjukkan logo Showcase Teknologi MARDI yang akan bermula Jumaat ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Petani, pemain industri dan pengusaha agro makanan perlu memanfaatkan lebih 300 teknologi dan inovasi pertanian yang dipamerkan pada Showcase Teknologi MARDI 2023 (Showtech) bermula 25 esok untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), teknologi dan inovasi yang dipamerkan itu sedia dikomersialkan dan dipindahkan secara gunaan kepada industri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, tema pe­nganjuran kali ini iaitu Peneraju Inovasi Agromakanan bertepatan dengan peranan MARDI dalam menghasilkan teknologi dan inovasi untuk merancakkan sektor pertanian dan agromakanan negara.

Menurut beliau, penganjuran tersebut adalah platform untuk mempamerkan dan menghebahkan teknologi dan inovasi pertanian hasil penyelidikan mereka sejak 50 tahun yang lalu kepada masyarakat dan pemain industri.

Selain itu, beliau mengharap­kan program tersebut dapat memberi kesedaran mengenai teknologi dan inovasi yang dihasilkan serta sumbangan MARDI kepada pembangunan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

“ShowTech berkenaan juga merupakan platform perkongsian maklumat dua hala di antara orang awam, pemain industri dan pemegang taruh bagi menambah baik penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan penghasilan teknologi pertanian.

“Teknologi dan inovasi pertanian adalah elemen terpenting dalam kemajuan industri pertanian dan agromakanan negara,” katanya.

Mohamad Zabawi berkata, selain pameran, aktiviti demonstrasi teknologi dan bicara agroteknologi juga diadakan.

“Dengan minat mendalam dan penggunaan teknologi pertanian yang lebih meluas, pas­tinya semua pihak dapat be­kerjasama dalam mengukuhkan agenda keterjaminan makanan negara,” katanya.

Dalam penganjuran itu juga, kata beliau, MARDI memfokuskan kepada enam kluster utama bidang penyelidikan iaitu tanaman, ternakan, penyelidikan makanan, mekanisasi, pemindahan teknologi dan agrotou­rism.

Beliau berkata, MARDI juga sentiasa mendapatkan maklum balas dari petani, pemain industri dan usahawan agromakanan dalam memantapkan penyelidikannya agar menepati kehendak pemegang taruh.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MARDI akan me­nganjurkan Persidangan Antarabangsa Nutrisi Haiwan (1CAN) pada Oktober nanti manakala pelancaran nanas varieti baharu L6 pada Disember depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya