Logo: Bukan pandangan rasmi UMNO - Azalina - Utusan Malaysia

Logo: Bukan pandangan rasmi UMNO – Azalina

AZALINA OTHMAN SAID melancarkan Semarak Malaysia Merdeka Ke-66 Peringkat Parlimen Pengerang di Dewan Kejora Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI:  Isu sama ada UMNO boleh mempertimbangkan untuk bertanding atas logo sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan Barisan Nasional (BN) adalah  pandangan peribadinya.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, kenyataannya itu bukan pandangan rasmi UMNO ataupun BN.

“Ini pandangan saya sebagai ahli UMNO, bukan pandangan rasmi UMNO mahu pun pandangan rasmi BN. Saya hanyalah Ketua Penerangan dan saya menekankan bahawa ucapan itu dari mula mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan BN. 

“Saya juga menegur ahli parti UMNO yang mana kadang-kadang bila nak mendapat watikah itu boleh menangis-menangis, berterima kasih dan memuja dan memuji ,saya hanya tegur parti saya sendiri kalau parti lain terasa saya minta maaf.

“Saya juga mengajak sahabat politik saya bahawa dalam politik ini, dalam pertandingan ada menang ada kalah dan saya mengingatkan mereka dua perkara bahawa kalau kalah kita perlu muhasabah diri dan perlu bergerak ke depan serta yang keduanya saya memaklumkan tentang cabaran digital. Jadi, kalau orang tak baca menyeluruh hanya baca pada bahagian yang terakhir sahaja kemudian mereka menganggap bahawa itu pandangan rasmi UMNO maka itu tak boleh, dalam perenggan terakhir itu tak ada saya katakan bahawa kita akan beramai-ramai melakukannya, tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Semarak Malaysia Merdeka Ke-66 Peringkat Parlimen Pengerang di Dewan Kejora Bandar Penawar, di sini hari ini.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) turut meluahkan rasa terkejut kerana UMNO sebagai parti yang menjunjung amalan demokrasi membenarkan ahlinya memberikan pandangan tetapi perlu pandangan yang betul. 

“Kalau setakat nak maki hamun Itu bukan pandangan. Saya juga melihat sebagai ahli parti UMNO saya menekankan dalam artikel saya bahawa demokrasi ini menjadi keutamaan.

“Jadi, tegur menegur itu perkara biasa kalau orang tak suka pada kepimpinan tak suka pada saya itu hak mereka untuk menegur dan saya juga ada hak saya untuk menegur pada sesiapa tetapi tak mungkin bila kita nak menulis tiba-tiba banyak orang mempunyai pemikiran yang seolah-olah UMNO nak bergerak ke kanan ataupun ke kiri,” katanya. 

Dalam pada itu beliau juga mengingatkan semua ahli, sebagai gabungan parti politik gabungan lama ataupun baharu perlu menekankan keikhlasan dalam perjuangan sekiranya mahukan kejayaan.

“Kalau setiap kali bercakap adanya persepsi negatif kononnya ada niat jahat daripada mana-mana pihak macam orang nak dipaksa kahwin, kita niatkan supaya baik-baik tetapi kalau kita mempunyai persepsi negatif sahaja macam mana kita nak membentuk keluarga yang bahagia. Jadi, saya percaya sebagai orang politik kita ada hak nak berikan pemandangan itu, kebebasan ‘in both ways in democracy is having the different of opinion’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya