KOTA BHARU: Seramai lima muka baharu yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian di sini, hari ini.
Muka baharu itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Mohd. Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra), Hilmi Abdullah (Guchil) dan wakil tunggal dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Kamaruddin Md. Noor (Air Lanas).
Sementara itu, empat muka lama yang masih lagi dikekalkan untuk sebagai Exco ialah Datuk Md. Anizam Abdul Rahman Kemahang), Datuk Dr. Izani Husin (Kijang), Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail (Selising ) dan Wan Roslan Wan Hamat dan (Pengkalan Kubor).
Kesemua sembilan ADUN berkenaan mengangkat sumpah pada pukul 5.50 petang.
PRN Sabtu lalu menyaksikan Pas bersama Bersatu yang membentuk kerjasama menerusi Perikatan Nasional (PN) menang 43 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi DUN.
Kemenangan itu menyaksikan PN meraih majoriti dua pertiga sekaligus membentuk kerajaan mantap pada penggal kali ini.-UTUSAN