Liga Super: Terengganu FC benam Kelantan United 4-1

Liga Super: Terengganu FC benam Kelantan United 4-1

IVAN Mamut meraikan gol Terengganu FC hasil jaringannya pada aksi Liga Super Kelantan United FC menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, Kelantan, sebntar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Terengganu FC kembali memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super apabila mudah membenam Kelantan United 4-1 pada aksi yang berlangsung Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Terengganu FC naik satu anak tangga ke kedudukan keenam selepas pesaing terdekat Kuala Lumpur FC tumpas kepada Selangor FC 2-0.

Pada perlawanan tersebut, Skuad Penyu terlebih dahulu membuka jaringan seawal mini ke-29 menerusi sepakan penalti yang tenang disempurnakan Ivan Namut.

Minit ke-38, pelawat hampir menggandakan jaringan namun rembatan jarak jauh kapten pasukannya, Habib Saeed sekadar menggegar palang gol pasukan tuan rumah.

Menuju minit-minit akhir, Terengganu FC makin ‘bernafsu’ mengasak kubu tuan rumah namun tiada jaringan dapat dihasilkan sekali gus menyaksikan kedudukan kekal 0-1 sehingga tamat babak pertama.

 

ABDUL Latiff Suhaimi (kiri) menghalang pergerakan pemain Terengganu FC, Sorny Nordey pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Aksi babak kedua, Kelantan United cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan namun ketumpulan penyudah menggalkan hasrat tersebut, sebaliknya pelawat berjaya menambah jaringan kedua menerusi rembatan deras Sony Norde menambah jaringan kedua pada minit ke-72.

Kerapuhan benteng pertahanan tuan rumah terus dihukum pada mini ke-84, apabila sepakan lencong Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd. Lazim berjaya melepasi jangkauan penjaga gawang Kelantan Mohd. Shahril Sa’ari untuk gol ketiga Terengganu.

Dua minit berselang, Kelantan United Ismaheel Akinade menghadiahkan gol ‘semangat’ buat pasukannya selepas tenang memanfaatkan peluang dari situasi kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan pelawat.

Derita Kelantan United rupanya belum berakhir apabila pelawat memperoleh jaringan keempat menerusi Muhammad Hakimi Abdullah pada masa kecederaan dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya